Wednesday 17 November 2010

Jom Ngeteh!!....



Korang bayangkan lepas2 hujan ni ngeteh tarik panas2 msti terangkatkan..nak cari mmbr ajak lepak  kedai mamak kat simpang4 sg udang  xde sapa2 yg free...aku search dalam google tuk cari cara2 buat teh tarik yang sedap tuk dikongsi..(macam susah je kan smpi nak cari resepi...heheheh)..selepas dibelek2  aku post resepi teh tarik ni tuk panduan korang..so dibawah ni bahan2 dan cara2 tuk buat teh tarik yg power...selamat mencuba..!!


BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Boleh juga guna teh cap masjid atau istana, atau serbuk teh tarik lain yang dijual secara timbang kilo (biasa untuk kedai makan). Jangan guna teh boh biasa atau teh Lipton, pasti tak menjadi.Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang  enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).


CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil. Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

p/s: air panas aku dah ready nak dibancuh kan bersama teh n susu..

No comments:

Post a Comment