Thursday 3 May 2012

Mogok driver lori di port klang


hari pertama
Sesak northport hari ni (2 may2012) driver lori mogok sebab depo naik kan harga DGC (  Depot Gate Charge) dari harga asal RM5  dan sekarang mencecah RM 18...mana2 lori yang beroperasi...di tahan dan dipecahkan cermin..mereka tak puas hati kerana mereka terpaksa menunggu berjam2 lamanya untuk masuk ke depo..tapi mereka dikenakan cas yang sangat tinggi..servis hancur..cite cite yg aku dengar..mogok ni akan berlarutan selama 5 hari...dahsyat...!!!!!

Hari Kedua,

hari ini ada sekatan polis di bandar sultan sulaiman...jem teruk dari pelabuhan klang ke northport awal pagi tadi. perjalanan aku pergi balik kerja hari ni lenggang tanpa lori2 yang bawa kontena...hanya terdapat lori yang bawa tank, kargo dan car carrier..

petang tadi sewaktu aku dlm perjalanan balik , di traffic light susur ke star cruise .. terdapat lebih kurang 40 orang berkumpul di tepi2 jalan..kebetulan lalu sebijik lori kontena dari arah port klang menuju ke pelabuhan barat...kumpulan tersebut menyerbu dan menahan lori tersebut dan mengarahkan lori tersebut untuk berpatah balik...

aku rasa port klang akan LUMPUH untuk beberapa hari ini disebabkan mogok dari sesetengah company haulier ..

antara pic yang sempat aku kutip...


2 comments: