Mutu pengadilan yang teruk di adili oleh Benjamin Williams (gambar diatas)pengadil dari Australia yang mengakibatkan 3 kad merah dilayangkan oleh beliau kepada pemain negara dan menyebabkan punca utama pasukan negara tewas 3-0 kepada pasukan China.
Seawal minit pertama lagi beliau telah melayangkan kad kuning pertama pada pemain Malaysia Mahali dimana aku rasa amaran saja suduh cukup. Hasilnya pada minit ke-25 Mahali sekali lagi dilayangkan kad kuning sekaligus kad merah yang membawanya keluar padang kerana dengan sengaja menendang bola setelah pengadil meniup memberi balingan masuk kepada China. Kapten pasukan Malaysia Safiq yang naik berang dengan keputusan pengadil membantah keras keputusan tersebut.Hasilnya dari bantahan itu beliau turut dilayangkan kad merah yang menyaksikan Malaysia terpaksa beraksi dengan 9 orang pemain.
Malaysia terpaksa bermain dengan corak bertahan dengan meletakkan semua pemain dibarisan pertahanan dan meletakkan seorang penyerang dikawasan China. Tamat separuh masa pertama Malaysia berjaya mengikat keputusan 0-0
babak ke-2 China terus melakukan serangan ke pintu gol Malaysia bagi mencari jaringan. Dan pada minit ke-62 China berjaya memperolehi gol pertama oleh Li Jian Bin sebelum Hong Lingue menambah satu lagi gol pada minit 65 hasil tandukan dari sepakan percuma.
Minit ke-80 sekali lagi pengadil mengarahkan pemain Malaysia keluar meninggalkan padang dengan melayangkan kad kuning ke 2 kepada Kunalan dan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan china yang menghasilkan gol ke-3 pasukan china.

p/s:Hampa aku untuk melihat kebangkitan bola sepak Malaysia jika pengadilan yang berat sebelah ni. kita bukan hanya bermain dengan 8 pemain sahaja..Namun terpaksa melawan 12 pemain (11 China & 1 pengadil).
No comments:
Post a Comment