Friday, 19 November 2010

Thursday, 18 November 2010

Nico - Rindu




Nico - RiNDu


Wajah yang pernah ku lihat di majalah
Ketika dahulu di tepi pantai di desaku
Terkenang kembali cinta yang bersemi
Kini kau menghantui perasaan jiwa ini

Mengapa engkau menghilangkan diri
Dan kenapa aku masih ada disini
Di hatiku tetap merinduimu
Walaupun kita tak bertemu
Namun di hatiku masih pilu
Kerna aku menyintaimu

Kau hulurkan oh cahaya keimanan
Tapi kau permainkan naluri perasaan
Kau bagai bayang-bayang
Patiku pun menggoncang
Pada dirimu sayang, hatiku tetap tenang

Mengapa engkau menghilangkan diri
Dan kenapa aku masih ada disini
Di hatiku tetap merinduimu
Walaupun kita tak bertemu
Namun di hatiku masih pilu
Kerna aku menyintaimu

Kali pertama kita mula bertemu
Hati kecilku merisik ingin memberitahu
Bahawa kaulah yang ku cinta
Higga ke akhir hayat hidup untuk selamanya

Tapi mengapa engkau menghilang diri
Meninggalkan aku dalam keadaan sepi
Oh tidak, oh sayang
Pada diriku dimana letaknya kesetiaanmu

Oh kenapa dan oh mengapa
Kau biar diriku yang menderita oh..

Walaupun kita tak bertemu
Namun di hatiku masih pilu
Kerna aku menyintaimu




Wednesday, 17 November 2010

Jom Ngeteh!!....



Korang bayangkan lepas2 hujan ni ngeteh tarik panas2 msti terangkatkan..nak cari mmbr ajak lepak  kedai mamak kat simpang4 sg udang  xde sapa2 yg free...aku search dalam google tuk cari cara2 buat teh tarik yang sedap tuk dikongsi..(macam susah je kan smpi nak cari resepi...heheheh)..selepas dibelek2  aku post resepi teh tarik ni tuk panduan korang..so dibawah ni bahan2 dan cara2 tuk buat teh tarik yg power...selamat mencuba..!!


BAHAN-BAHAN:
1. Serbuk Teh Tarik Boh. Boleh juga guna teh cap masjid atau istana, atau serbuk teh tarik lain yang dijual secara timbang kilo (biasa untuk kedai makan). Jangan guna teh boh biasa atau teh Lipton, pasti tak menjadi.Jangan tersilap beli teh Boh yang tidak ada tulis teh tarik, itu salah, itu sesuai untuk buat teh O saja.
2. Tapis yang diperbuat dari kain putih untuk merendam teh.
3. Pastikan guna air panas yang sedang mendidih. Tidak boleh guna air suam atau air yang tak terlalu panas.
4. Susu pekat manis, sebaiknya jenama cap Teko atau F&N sahaja. Guna susu lain pun boleh tetapi kurang  enak, kalau di rumah, susu lain pun boleh. Disyorkan pada peniaga kedai makan, gunakan susu cap Teko atau F&N kalau untuk buat teh tarik. Kalau untuk buat milo atau kopi boleh guna susu jenama lain yang lebih murah.
4. Sudu teh (sudu kecil).


CARA BUAT:
Ambil satu sudu teh serbuk teh. Rendam dalam tapis dan diletakkan di dalam cawan (kalau nak minum ramai, gunakan teko). Rendam lebih kurang seminit, pastikan air menjadi hitam. Selepas itu, angkat tapis. Selepas itu, letak susu 3-4 sudu kecil. Pastikan rasanya tidak terlalu manis dan tak terlalu tawar. Kacau dan tarik dengan menggunakan satu lagi cawan (kalau boleh cawan yang satu lagi lebih besar). 2-3 kali tarik sahaja dan siap untuk diminum... Emmmmpp......... pasti sedap rasanya.

p/s: air panas aku dah ready nak dibancuh kan bersama teh n susu..

Tuesday, 16 November 2010

Kenapa mereka merokok....dan apa kebaikkannya...???


Sudah bermacam2 iklan,pameran dan kempen yang kerajaan buat untuk menyedarkan perokok tentang bahaya merokok..dah ramai yang mati dan kn tinggal gan gf or isteri sebab rokok ni..tapi kenapa mereka masih merokok???...aku cuba cari jawapan dan huraikan kebaikkan merokok kepada individu dan masyarakat:-

-Memberikan peluang pekerjaan bagi kilang rokok, doktor, peniaga  dan kilang ubat batuk.

-Melatih kesabaran dan menambah semangat pantang menyerah kerana  merokok itu bukanya mudah..jati diri mereka kuat kerana walaupaun menghadapi masalah batuk-batuk dan tersedak tapi tetap diteruskan demi sebatang rokok..

-Menambah kenikmatan dengan minum kopi dengan makan pisang goreng sambil merokok!..nak2 pula klu lepas makan makanan yang pedas…

-ada sesetengah orang merokok ni penemam masa ditandas….senang lawas katanya..

- awet muda, kononnya perokok tegar mati muda, akibat kanser paru-paru..tak sempat tua…da mati!!!...mmng korang berani mati!!

-sebatang rokok yg dibeli oleh perokok menyumbangkan cukai tidak langsung kpd kerajaan dan menambahkan pendapatan negara.naik la camner pun..dorang tetap beli jugak…

-mengelakkan selisih paham suami istri..ialah korang make-up berjam2 laki kn tunggu...so nyala rokok.. n sabar menanti…

-Geng2 perokok senang dapat kawan..sesi suaikenal bermula dari pinjam lighter dan pau rokok sebatang..

- mengurangkan kemalangan jalan raya kerana dapat menghilangkan rasa mengantuk ketika drive…

- tuk study tengah2 malam….sambil membaca dan pikir so merokok mempercepatkan korang untuk dapat idea…

- peneman semasa tulis BLOG….

SEKIAN…..

Sunday, 14 November 2010

Secebis kenangan di Lembaga Pelabuhan Kelang...

-stanby untuk perarakkan Maulidurrasul 


-wah segak abg kita ni..



- pembawa panji- panji negara...




-take 5.....


- setelah penat berarak..bukan main selera kau!!


- buah hati aku masa di LPK dulu...hehehe..


-serius tul en zul gan en azmi ni...relax lerr...


- besar pinggan tu tuan...



- hehehehehehehe.........


-abg joe klang...


wah pandai bergurau pulak...cak cak!!...


- kawan2 baik aku masa kat LPK dulu..



p/s: aku mula berkhidmat di LPK bermula dari 28/11/2005 sampai 1/4/2008..kepada kawan2 disana aku harap kita akan kekalkan hubungan baik ni dan aku akan sentiasa mendoakan kejayaan korang.. aku harap2 pintu pagar LPK tu sentiasa terbuka menerima kunjungan aku...

Caramel - Tinggal Kenangan (live)


Caramel - Tinggal Kenangan


Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu

namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku

jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
ingin kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih




Saturday, 13 November 2010

Sukan Asia 2010- Bolasepak Malaysia Vs China





Mutu pengadilan yang teruk di adili oleh Benjamin Williams (gambar diatas)pengadil dari Australia yang mengakibatkan 3 kad merah dilayangkan oleh beliau kepada pemain negara dan menyebabkan  punca utama pasukan negara tewas 3-0 kepada pasukan China.

Seawal minit pertama lagi beliau telah melayangkan kad kuning pertama pada pemain Malaysia Mahali dimana aku rasa amaran saja suduh cukup. Hasilnya pada minit ke-25 Mahali sekali lagi dilayangkan kad kuning sekaligus kad merah yang membawanya keluar padang kerana dengan sengaja menendang bola setelah pengadil meniup memberi  balingan masuk kepada China. Kapten pasukan Malaysia Safiq yang naik berang dengan keputusan pengadil membantah keras keputusan tersebut.Hasilnya dari bantahan itu beliau turut dilayangkan kad merah yang menyaksikan Malaysia terpaksa beraksi dengan 9 orang pemain.

Malaysia terpaksa bermain dengan corak bertahan dengan meletakkan semua pemain dibarisan pertahanan dan meletakkan seorang penyerang dikawasan China. Tamat separuh masa pertama Malaysia berjaya mengikat keputusan 0-0

babak ke-2  China terus melakukan serangan ke pintu gol Malaysia  bagi mencari jaringan. Dan pada minit ke-62 China berjaya memperolehi gol pertama oleh Li Jian Bin sebelum Hong Lingue menambah satu lagi gol pada minit 65 hasil tandukan dari sepakan percuma.

Minit ke-80 sekali lagi pengadil mengarahkan pemain Malaysia keluar meninggalkan padang dengan melayangkan kad kuning ke 2 kepada Kunalan dan menghadiahkan sepakan penalti kepada pasukan china yang menghasilkan gol ke-3 pasukan china.

p/s:Hampa aku untuk melihat kebangkitan bola sepak Malaysia jika pengadilan yang berat sebelah ni. kita bukan hanya bermain dengan 8 pemain sahaja..Namun terpaksa melawan 12 pemain (11 China & 1 pengadil).


PC Game- Plants Vs Zombies



aku nak berkongsi game yang aku selalu main bila aku bosan kat opis or kat umah... Plants Vs Zombies.. game ni agak sempoi tapi bila dah main..lama2 ketagih gak..




objective game ni korang kena tanam pokok2 yang ada power dan senjata yang tersendiri  dan pokok2 ni akan mempertahankan umah korang dari serangan zombie2 ni..




misi korang adalah memastikan zombie2 ni x masuk ke dalam umah.. klu zombie ni dah masuk ke dalam umah..dorg akan makan otak korang n game akan tamat.. so perkuatkan pertahanan korang dengan menanam pokok2 yang sesuai...







kalau korang nak try game ni boleh download link kat bawah ni k :

 http://www.4shared.com/file/QR8A1xX7/Plants_vs_Zombies.html

Friday, 12 November 2010

aku...sebelum aku yang sekarang...

 
aku mulakan dengan memperkenalkan diri aku..aku MUHAMAD SHAHRIZAL BIN SHARIPUDIN..aku di lahirkan di hospital taiping pada tanggal 8.12.1982...time ni mak aku cite aku baru berusia 2 hr..pic yang cukup klasik bg aku kerna ni la first time pic aku yg di fotokan...


 ni pic aku dengan kawan, sahabat dan sedara baik aku ewan namanya...kita org membesar bersama dari kecik sampi sekarang..cuma time kecik2 dulu dia bulat and aku kecik sikit dr dia...tp skrg da terbalik!!!...xpe tunggu sikit masa lg...

baby yg sebelah aku adalah tu adik aku yg kedua...leza..n sbelah dia tu adik sedara aku salina.. salina tu tua beberapa hari je dari adik aku tu. budak ppuan yg pakai baju playboy(arnab) tu erin... sedara aku..akak kepada salina..kita orang sebaya n masa sekolah rendah sama2 1 kelas dari darjah 1 smpi darjah 3...selain ewan dia pun kawan rapat aku masa kecik2 dulu...merangkap gf aku gak la..(hehehe perasan lak)
                                                                                                                                                        






ni umah sewa family aku time kecik2 kat jalan yadi klang dari aku umur aku setahun smpi umur aku 5thn..aku kecik2 dulu nakal..mak aku cite aku prnh buang semua baju2 jiran2 aku yg sidai kat ampai pastu campak kat longkang.. pastu ambk kayu kacau macam org basuh baju....(nakal ke??.. rajin pe basuh baju)..hehehe..kat umah ni jugak aku pernah terjun almari sampi patah kaki...kira hero gak la aku ni...









kalau korang nak tau...ni la family abah aku... aku kat blah bawah tu yg sibuk dok main robot.. aku rasa ni je pic yg ada 1 family masa kecik dulu.. tapi sekarang kelurga wak jaimin(atuk aku) da berkembang dan bertambah2 cucu cicitnya.... cuma aku je yg masih lom berkelurga...hampeh tul!!... klu g umah atuk aku skrg ni...mmng xde soalan lain yg ditanya dia..dia msti kata.."umur atuk ni da subsidi ko ni bila lagi nak berbini"...tu soalan yg prnh dia tny kat aku...aku biasa senyum je la klu sapa2 tny soalan maut tu...blom ada jodoh g nak wat camner..


ape jenis gaya rambut la tu..hehehe...ni pic aku kat kpg time kecik2 dulu...yg tu adik ppuan aku la...si leza..mmng banyak pic aku gan dia..cuma cian la adik aku yg last tu..kemal..pic dia time kecik2 xde langsung...si leza ni kecik2 da pandai wat peace..








ni time aku sekolah rendah..SEKOLAH KEBANGSAAN TELUK PULAI KLANG.. ni pic aku masa darjah 4..kalau korg nak cari aku.. aku di barisan no 2..hujung sekali belah kiri..kat kelas ni la aku mula rapat dengan member aku sampi sekrang sharil..banyak tul kenangan manis aku kat sekolah ni..cikgu aku yang pakai kacamata tu.. Puan Anita...garang n selalu mc...hehehe..






pasukan bola sepak SKTP 93..aku darjah 5 time ni..kita org dibimbing oleh cikgu Rosli..tapi sangkut kat pusingan kedua..aku yg baju merah itam tu (goal keeper)..first time ni wakil sekolah.. tapi time ni minat aku pada bola je..sampai abah x kasi aku main bola langsung..tp klu dah namanya anak jantan...degil xdgr ckp..main gak!!!








time ni da remaja..pic aku masa tingkatan 5 kat ACS Klang..aku yg dok seblah amoi cina tu (cikgu kelas aku)...da lupa namanya...kalau ikutkan ramai budak2 kelas aku ni...tp time ni mn hilang entah yg lain..kelas paling kecoh sekali..banyak main dr bljr.. aku president kelas time ni.. SPM???...cukup2 makan je...hehehe..


hari kantin sekolah masa tingkatan 4..aku yg "botak" kat sebelah ujung kanan tu...org tgh get ready nak ambk foto ni leh pulak si apis gan acik dok mencelah kat tengah2 ni..sosial tul!!..hehehe..tapi syg la apa yg kita org jual x laku...mn tak nya pi letak warung kita org blah hujung sekali....mn org nak dtg...mmng di anak tirikan tul..kita org anak kandung la..(tiba2 marah lak hehehe...)




team bola ACS 98...time ni aku midfielder.. minat aku pada bolasepak mmng xbole nak dipersoalkan la..tapi time ni kita orang xde peluang nak g jauh..sebab semua player jauh hati gan juruletih kita org ni..ada double standard dalam team ni..so aku join sebab dapat la pelepasan sekolah masa main bola ni...kalau wakil sekolah time ni dapat duit...sehari 3 hinggit...makan tanggung...hehehehe..



kat sini la tempat aku lepak time petang2 ms sekolah dulu..kat sini la aku tunggu aweks aku balik dari sekolah..hmmm...n kat sini gak aku mula belajar main gitar...kat padang ni jugak tempat aku main bola dari kecik..banyak kenangan kau kat pangkin ni.. kalau malam aku akan lepak gan bro2 otai aku n kita org melalak main gitar sampai 1 taman bole dengar suara kita org..




masa ni PBSM sekolah aku jemput band aku buat persembahan dalam majlis dorg...first time kau nyanyi depan org ni...mengelabah gak time ni.. seingat aku lagu Semangat Yang Hilang - XPDC gan lagu Hotel California- Eagle..

dari kanan: faizul,aku, man kacamata n sharil.





- untuk post aku yg pertama ni aku cuma nak mengamit kembali kenangan dulu2 tuk tatapan dan mengembalikan nostalgia masa aku kecik2 dulu tuk dikongsi bersama...